Jawapan isteri yang membuatkan suami menangis

Gambar sekadar hiasan.

Kisah Suami Kerja Kontrak 3 Bulan Tanpa Gaji Namun Diajak Isteri Ke Kedai Perabot Ini Kerana...
Assalamualaikum, kisah ini menceritakan suami yang bekerja secara kontrak dan sudah 3 bulan ditunda gajinya. Isterinya pada suatu hari mengajak beliau ke ekspo perabot dan hiasan dalaman rumah. Semuanya akan diceritakan menerusi perbualan di bawah:

"Abang, kita pergi kedai hiasan dalaman rumah, boleh?"

Isteri memandangku penuh pengharapan. Aku senyum kelat. Mengangguk tidak. Menggeleng tidak.
Tapi, belum sempat aku berikan jawapan dia dah pergi.
Dia tak tahu, dah 3 bulan gajiku tak berbayar. Entah apa masalahnya dengan syarikat tempat kerjaku. Masalah kemelesetan ekonomi agaknya. Aku bukannya kerja tetap pun situ. Ambil upah kontrak saja. Kerja aku, pikul simen, bawa paip besar-besar tu ke rumah-rumah. Kadang-kadang, aku jadi buruh binaan sandaran. Semua kerja berat, aku buat.
Bukan demi perut aku. Tapi, demi keluarga kecil aku ini. Anak baru dua orang. Dekat 10 tahun dah aku nikah. Isteri tak kerja. Suri rumah sepenuh masa.
Rumah ni pun rumah pusaka arwah nenek isteri. Duduk menumpang di tanah famili. Aku harta apa pun tiada. Harapkan kereta Proton Saga first model tu saja. Tu pun dah nak roboh kalau bawa lebih 100 km/j.

"Jom."

Anak-anak pun dah siap. Isteriku senyum manja.
Kami ke kedai pameran perabot dan hiasan dalaman yang besar dekat area sini. Ada ekspo rupanya.
Aku tengok isteriku dan anak-anak happy sangat. Pergi dari satu pameran ke satu pameran. Dari satu galeri ke satu galeri. Display ke display. Dari pameran ruang tamu ke ruangan dapur.
Aku tengok dan tanya harga.

"Ribu. Belas ribu. Puluh ribu."

Isteriku pimpin tanganku dan anak-anak. Sepanjang pameran, dia senyum saja. Hairannya, tak pula dia suruh aku beli.
Sampai di ruangan galeri dapur, dia berhenti lama. Aku tahu, dia mengimpikan dapur luas seperti itu. Ada kabinet, lengkap dengan ketuhar, dapur masak dan hood. Barangan dapur serba lengkap. Wanita mana yang tidak suka?
Dia memegang erat sedikit genggaman tanganku. Aku tahu, dia mahu.

"Abang, jom. Kita balik. Dah puas tengok."

Aku terkebil-kebil. Menuruti saja langkahnya ke kereta uzurku.
Dalam kereta, isteriku tak lepaskan tanganku. Aku sengaja bertanya,

"Awak nak dapur macam tadi, ya?"

Dia jawab,
"Nak sangat. Tapi..."
Aku mencelah.
"Tapi?"
Dia meletakkan kepalanya di bahuku.

"Tapi, biarlah. Syukur dengan dapur rumah kita. Syukur dapat makan dan minum apa adanya. Bukan dapur yang saya ingini, tapi abang dan anak-anak ada di sisi. Masa makan, ceria dan gelak sekali. Gurau senda dengan famili. Meja kecil, senang nak capai dan hulur lauk. Senang nak suap suami dan anak-anak makan. Dapur yang bahagia."

Aku terdiam. Senyum paksa.

"Abang tahu impian awak.."
Isteriku cepat-cepat genggam erat lagi. Kali ini lenganku jadi mangsa.

"Abang jangan fikir macam-macam. Saya ajak abang datang sini, supaya keinginan mata saya untuk lihat semua tadi, pudar setelah dah lihat. Tak terbayang-bayang dah. Tengok dan lupakan.
Mencintai tidak bermakna perlu memiliki. Suka, tak bermakna nak beli.
Semua barangan mewah tadi, dari ruang tamu sampai ke dapur, dari pagar rumah sampailah rumah mewah, saya impikan abang dan anak-anak ada bersama dalam rumah tu dengan kelengkapan tu semua.

Indah sangat ada segalanya. Bahagia sangat.
Tapi saya bayangkan bukan indah di dunia, bang. Saya bayangkan mahligai di Syurga ada lebih dari semua tadi. Segalanya ada belaka.
Apa guna jika ada semuanya, tapi abang dan anak-anak tidak turut serta? Itu bukan bahagia maknanya pada saya.
Abang, susah kita sekarang, semua yang kita lalui sekarang ini adalah harga yang sedang kita bayar untuk mahligai di akhirat kelak. Makin kita sabar dan tenang lalui pahit-maung, suka duka masih bersama, insya-Allah.
Syurga jadi milik kita jua.
Bang, 'syurga' bagi setiap orang tidak sama. Ada orang makan kek yang harga mahal barulah dia terasa bahagia.
Tapi, saya dan anak-anak, makan biskut tawar pun sudah terasa nikmat bahagianya.
Abang, anak-anak. Syurga saya."

Aku terkesima dengan kata-kata isteriku. Berhenti seketika di bahu jalan. Aku cakap dengan dia nak check tayar. Macam tak sedap saja drive. Padahal, aku tunduk tengok tayar, nangis sendirian... cry emoticon
Masuk balik kereta. Senyum.

"Depan sana ada air jambu asam boi. Semua nak tak?"
Isteri dan anak-anak serentak jawab, "Nak!"

0 komen:

Acara Sukaneka Taman Chemor Sejahtera (14 November 2015)

Antara aksi yang sempat dirakamkan pagi itu.



0 komen:

Majlis Perkahwinan di Dewan Rapat Setia (7 November 2015)

Terima kasih kepada seorang lagi pelanggan kami.


0 komen:

Majlis Perkahwinan di Halaman Pengkalan Sentosa, Ipoh (25 Oktober 2015)






0 komen:

Adakah Aku Wanita Sempurna?

Gambar sekadar hiasan.

Sebuah kotak kecil yang mampu menggegarkan hati seorang isteri..

Ketika saat terlafaznya "Aku Terima Nikah.." daripada mulut suami, bermula detik itu seorang isteri hanya menunggu tibanya masa untuk membuka kotak ini.. Saban bulan, saban tahun, akhirnya sentiasa dibuang ke tong sampah dengan hati kecewa.. Sehari lewat, hati mula berdebar..Seminggu lewat, hati mula bergetar.. Tapi yang ditunggu akhirnya hanya air mata yang tiba.. Tapi hati ini masih cuba untuk sabar..

Kotak kecil yang mengandungi secebis harapan.
Kotak kecil yang mampu membunuh secebis impian...

Boleh dikatakan, saat bersendirian di kamar mandi itu merupakan saat yang paling mendebarkan hati.. Bila keputusannya hampa, cepat-cepat dibungkus rapi dan dibuang tanpa pengetahuan suami..

Setiap kali lewat ianya tiba, hati merayu merintih berdo'a biarlah kali ini ada isinya.. Walaupun sudah berbulan dan sudah bertahun mencuba, kotak ini tetap tidak pernah dilupa.. Kotak ini tetap dicari juga.. Kotak yang menyimpan sejuta harapan bahagia, dan juga sejuta impian kecewa..

Hanya mereka yang melaluinya akan benar-benar mengerti apa yang dirasa.. Kadang-kadang cuba juga untuk sembunyikan daripada suami, tapi ada ketikanya suami ternampak kotak rahsia.. ALLaHu ALLaHu... Bagaimana kalau jawapannya masih hampa? Suami tak henti bertanya..."Macam mana?"

Tak terkeluar kata-kata nak menjawabnya.. Diri ini hanya mampu menggelengkan kepala.. Jelas suami terus berwajah suram.. tapi suami cukup faham.. cukup setia.. Walaupun hatinya turut kecewa, dia masih mampu mendamaikan kehampaan isterinya..

"Takpe la sayang.. Takde rezeki kita lagi.. Kita cuba lagi yer..."

Getar suara suami itu bagaikan guruh berdentum di langit... Walaupun telinga ini tidak bingit, tapi hati ini merintih perit.. Tahu suamiku turut bersedih.. Ketika itu, hati pasti merintih.."

Adakah aku memang tak mampu memberikan dia zuriat?"

Kadang-kadang sudah malas hendak menjawab pertanyaan orang.. Malas hendak fikir apa yang orang kata.. Setiap kali terlihat gambar bayi-bayi comel, terdetik dalam hati.. Bagaimanakah agaknya rupa anakku nanti jika ada rezeki anak sendiri? Setiap kali berkumpul bersama keluarga, melihat ipar duai memegang anak masing-masing, diri terasa amat terasing.. Anak saudara dimanja ibarat anak sendiri.. Tapi tetap rasanya tak sama di hati.. Mendengar orang bercerita perihal anak mereka, diri ini hanya mampu memasang telinga.. Alangkah indahnya jika dapat turut sama bercerita...Ya ALLaH.. Kau kuatkanlah hatiku ini..

Suamiku.. Maafkanlah isterimu ini.. Bukan isterimu ini tidak mahu mengandungkan zuriatmu.. Bukan isterimu ini tidak mahu menimang permata hati agar kita bergelar ayah dan ibu.. Apakan daya.. isterimu ini hanya wanita lemah yang tak mampu mengubah takdir ALLaH...

Abang... Berjanjilah dengan sayang...
Abang tak akan sia-siakan sayang...
Abang tak akan cari yang lain hanya kerana kegagalan sayang memberikan cahaya mata buat abang...
Setiap hari sayang berdo'a agar ALLaH tunaikan impian kita...
Setiap hari sayang berdo'a agar abang tidak berubah hati dan cinta...
Sayang hanyalah kain buruk di kaki abang..
Sayang hanyalah seorang wanita yang tak sempurna di mata abang...
Usahlah dibuang kain buruk ini..
Usahlah dilempar keluar wanita ini dari rumah kita..
Hanya ini permintaan sayang sebagai isteri...
Jangan sampai abang berubah hati...
Jangan sampai abang bertukar cinta..
Terima kasih abang sebab sentiasa setia bersama sayang selama ini...
Kasih abang sayang junjung..
Cinta abang sayang julang..
Setia abang sayang sanjung..
Sampai ke akhir hayat...

~ATOK~16 Sept 2015
Kuala Lumpur
P/S: Nukilan ini atok karang berdasarkan pengalaman kami suami isteri selama 7 tahun lamanya menanti.. Atok sebagai suami, atok cuba selami hati isteri.. Atok yakin, inilah yang isteri atok lalui selama ini...

Sesiapa nak share, silakan.. Atok halalkan dunia & Akhirat

Original post dari Shawn Mizan.

0 komen:

Jamuan Makan Malam Jururawat Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah Ulu Kinta (14 Ogos 2015)






0 komen:

Jamuan Hari Raya PNMB Cawangan Perak (6 Ogos 2015)


0 komen:

Jamuan Hari Raya Aidilfitri (26 Julai 2015)





0 komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...